Teddybearjadian

tiada realiti, semuanya ilusi...

27 December, 2012

The Double D Fruit - "Disgusting Durian"

First of all, kalau anda adalah anak jati nusantara, jgn sesekali ckp durian ni menjijikkan. Walaupon aku ni salah seorang penduduk Asia Tenggara yg x retilalu nak mkn durian, tapi aku tetap x ckp yg durian ni menjijikkan. Durian ialah spesies beberapa jenis tumbuhan dalam genus Durio yang menghasilkan buah beraroma kuat yang boleh dimakan. Ia amat terkenal di Asia Tenggara di mana ia digelar "raja buah" "King of Fruit". Saiznya besar, baunya unik dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan berduri. Dari duri itulah ia mendapat namanya. Buah durian boleh membesar sehingga 30 sentimeter (12 inci) panjang dan 15 cm diameter, dan lazimnya seberat satu hingga tiga kilogram (2 hingga 7 lb). Bentuknya berbeza daripada bujur hingga bulat, warna kulitnya daripada hijau hingga perang, dan isinya bewarna kuning.
Durian ialah buah tropikal yang berasal dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Laos, Vietnam, Kemboja dan Brunei  tetapi telah dikenali di dunia Barat sekitar 600 tahun. Ahli alamiah British abad ke-19 Alfred Russel Wallace masyhur memerapkan isi buah ini sebagai "kastard kaya dengan rasa badam". Info ni aku amek dekat wiki jea. Yg menjadikan persoalan sekarang ni, dekat wiki ada tulis durian boleh dimakan walaupun belum betul-betul masak??? Kepelikan di situ. Setahu aku tokeyh durian siap buat pondok menunggu  lagi untuk tunggu durian jatuh ke tanah, almaklumlah takut dicurik orang huhuhuhu. X pernah lagi la aku dengar ada org kait durian. Simpulan bahasa pun ada menyebut "Durian Runtuh" bermaksud SALEEEEE!!! hahahaha maksudnya keuntungan yang tidak dijangka ataupun mendapat keuntungan tanpa perlu bersusah payah. Kadang² belum sempat gugur ke tanah pon dah kena tebok dek tupai. Maksudnya betol la kot leh makan walaupon belum betol² masak huhuhuhu. Ni lagi satu statement yg pelik, bijinya juga boleh dimakan jika dimasak (x ramai orang tau ni). Entah betol entah tidak aku pon xtau. Aku selalu rebus makan bijik cempedak je.
Isi buah ini mengeluarkan bau yang tersendiri, kuat dan tajam walaupun kulitnya belum dibuka. Sesetengah orang menganggap bau durian sebagai semerbak, manakala yang lain berasa aromanya amat kuat dan tidak dapat ditahan. Baunya menarik reaksi peminat durian x kira manusia mahupun haiwan. Sesetengah org rasa bau durian amat jijik sampai ada yg menyamakan baunya serupa dengan bau badam manis yg direndam bawang busuk bercampor minyak tanah dan stokin gim hahahaha. Bau ni menyebabkan larangan buah durian untuk sesetengah hotel dan pengangkutan awam di Asia Tenggara (kebanyakkannya dekat Singapore).
Terdapat lebih 30 jenis spesies Durian yang diiktiraf, sekurang-kurangnya sembilan daripadanya menghasilkan buah yang boleh dimakan. Durio zibethinus merupakan satu-satunya spesies yang boleh diperolehi di pasaran antarabangsa. (spesies lain hanya dijual untuk pasaran tempatan). Walaubagaimanapun terdapat ratusan jenis durian lagi yg membuatkan harganya berbeza-beza di pasaran. Semua orang pasti mengenali buah durian. Tapi, kalau durian berwarna merah, pasti belum banyak yang mengetahui. Bahkan, mungkin susah untuk percaya.
Durian berwarna merah bukannya dongeng semata. Ini bukan cobaan, ini betol² huhuhuhu, tepatnya tumbuh di sekitar kawasan Jawa Timur, Kalimantan, Sabah & Sarawak. Bahkan amat popular di kawasan tersebut. Menurut penggemar durian tersebut, durian merah lebih manis dan enak dibanding buah sejenis umumnya. Bahkan, durian merah dipercaya mampu meningkatkan tenaga dalaman lelaki. Dengan kehebatannya, ramai peminat durian merah yang sanggup datang dari luar ke kawasan tersebut semata² ingin merasai kehebatannya. Tetapi, ada juga pihak mengaitkan durian merah tersebut dengan jelmaan atau sumpahan dengan panggilan "Durian Darah" namun ternyata semuanya hanya dongeng sahaja. Tapi dalam banyak² kisah pasal durian ni, aku paling x boleh tahan dengan mamat om-puteh ni sorg, Sape kata orang putih tak suka durian? Anthony Bourdain ni pengacara rancangan No Reservation yang dah merantau seluruh dunia dan makan macam-macam benda pelik.
Biasanya orang putih tak suka durian, selalunya alasan yg dyorg bg adalah bau durian tu mereka kata busuk. Dalam rancangan Fear Factor pun ada satu part tu dyorg kata durian tu "The most disgusting fruit". Sebenarnya yang menjijikkan tu bukan durian, tapi hati babi (main ingredient)  yang diorang blend sekali tu (salah satu task dalam gameshow tu). Tapi tu semua mentaliti dan mind setting je tapi tetap whatever tentang babi amatlah menjijikkan yuck!!!. Tengok si Tony ni, relax je makan sampai sebijik. Cara dia belah durian tu yg paling kreatif. Kesian hahahahaha... dia ingat durian ni mcm belah tembikai kot? Native kat situ pon wat donno jea, mesti gelak dalam hati puas² tu hahahahaha... kalau org Malaysia yang belah cam tu mesti dah kena penyepak (guna tangan boleh, guna kaki lagi bagus hahahaha) pasal belah durian mcm tu. Kat hujung entry ni aku ada attach video om-puteh bengong tu merasai kelazatan durian huhuhuhu ^^.
Ahh... lupa nak cite sekali, sekarang ni produk berasaskan durian yang paling famous kat Malaysia adalah Durian Crepe, hmmm... apa rasa ek? Siap ada bermacam² color lagi. Amat menyelerakan tapi tetap x boleh mengatasi populariti Tempoyak hakhakhak... Nak rasa tapi xde sape nak tolong watkan huhuhuhu... Walaupon aku x berapa retisuka makan durian, tapi kek perisa durian, ais krim perisa durian, & keropok durian aku suka makan. So nak try taste jugak la sama ada aku mampu menolak durian crepe masuk ke tekak atau x huhuhuuhu. Dalam aku dok tengah khusyuk mencari pic durian yg sesuai untuk letak kat entry aku ni, tetiba ternampak plak minah bengong ni sorg wat perangai x senonoh. Agak² la pown nak lariskan lagu. Jgn la sampai kulit durian pown nak dijadikan bra, konon tajam ar. Sorry pic tersebut x leh letak kat sini. X sesuai gituuu... Kalau nak cari sendiri guna keyword: "Jupe.....(pandai² sambung sendiri la)" huhuhuuuhu..  Last but not lease, hayatilah si Anthony Bourdain ni mam degheyan ^^.

.
www.tips-fb.com

24 December, 2012

Chelsea 8 - 0 Aston Villa EPL2012/13 Gameweek 18


Sejak sekian lama aku menunggu The Blues untuk meledakkan gol lebih dari 6 jaringan tanpa bolos akhirnya tercapai jugak gameweek 18 belasah Aston Villa 8 gol tanpa balas hahahahaha. Terbaek la Blue Lions. Gameweek 19 ni lawan Norwich City plak, leb sumbat 10 - 0 kot huhuhuhu... Bukan nak cerita la, tapi memang reality Ramires memang super sub terbaek. 30 minit main leh sumbat 2 bijik. Oscar pun sub terbaek jugak dapat score sebijik then assist 2 bijik plak tu. Yang paling best lepas kemasukkan Lucas Piazon minit ke-74, baru start momentum untuk 4 gol lagi (kalau Lucas Piazon x miss penalty, dah 5 bijik dah). Hahahaha, apa² terbaek la Cheasea. Sekarang tangga ke-3 dalam league dengan kurang satu match lagi. X jauh mana dah nak ligan tu. Teruskan usaha...
www.tips-fb.com

22 December, 2012

BR1M

Bantuan Rakyat Satu Malaysia atau lebih dikenali dengan BR1M sekarang ni dah diperluaskan lagi permohonan dya kepada individu bujang termasuk duda & janda yg xde tanggungan & berumur 21 tahun ke atas. So sesape yg dalam lingkungan dekat atas ni & gaji kurang dari RM2k per month, leh la apply kat sini secara online --> "ONLINE BR1M" huhuhuhu... Aku dah apply dah tapi x tau la dapat or x. Kalo dapat leh la shooping siket hehehehe... Selamat mencuba ^^
www.tips-fb.com

19 December, 2012

Radiator PEN7155 Pecah

Budget lari terus lepas repair kereta, jenuh korek idung budget sana siket, sini siket nak cukopkan untuk bayar kos repair. Hmmm... harituh Distributor rosak, campor ngan repair clutch cable, oil brake container & beberapa part lain lagi total RM455.00.
Kali ni lagi terok, nak dijadikan cerita, ari ahad arituh aku cuti, mak aku mintak tolong anta adek aku balik ke rumah sewa dya kat Alor Setar, sampai je kat Kilometer 71.3 Hi-way Utara Selatan tetiba bleh berasap plak enjin. Walhal pagi tu ayah aku drive g pekan SP okay je, balik tu anta mak aku pi terapi pown x wat hal langsung. Time aku drive pulak nak jadi hal. Start rasa lain macam time nak sampai Sg Toh Pawang lagi dah, dengar enjin bunyi lain mcm siket. Tapi aku x hirau sangat la coz keta dah lebih 10 tahun memang bunyi lain macam siket. Bila sampai kat simpang 3 Perwaja Gurun je terasa berat siket kereta, check handbrake memang turun abes so sepatutnya nohal la. So aku ignore la kes berat tu. Time dah masuk Hi-way agak 15 minit, meter duduk dekat 100km/h terasa berat balik, aku tukar gear 5 terus la tapi terasa lagi berat n bunyi lagi jelas dengar, so aku slowkan siket then turunkan ke gear 4 semula tapi time turun gear tu terus dye x larat nak naik dah so aku terus bagi signal amek kiri then parking kat gigi jalan la.
Bila dah park kat tepi, ada la beberapa kereta lalu, aku perasan mcm ada asap keluar dari depan keta. Then bila lori lalu baru confirm memang ada asap tapi x terfikir plak nak tengok temperature keta. So aku trus kuar la g check depan. Perghhh!!!... minyak itam & air dah memancut merata. Mak aku soh call ayah aku soh ayah aku call pomen ayah aku mai check tengok, elok abis call je baru perasan ada brader sorang tu dari arah bertentangan dtg kat keta kami. Mula ingat nak wat donno je tapi tengok dya cam okay je. lagipun dya cakap workshop dya kat Sg Lalang je. So x jauh sangat la, adek aku memang dah lewat sangat dah nak masok keje. So brader to volunteer nak tolong anta coz ada family yang keta rosak jugak memeber dya dari workshop kena anta g rumah dyorg kat Alor Setar. Mula aku x berani sangat tapi bila tengok ada pempuan jugak dlm keta tu so aku beranikan diri soh mak aku follow adek aku g Alor Setar coz adek aku memang dah lewat sgt. Kunci keta aku brader tu selit atas taya je, giler ar... tapi x pe coz dye bg jaminan tow-truck dah nak sampai nanti dyorg tarik terus ke bengkel. Aku follow brader tu ke workshop. Dekat sejam aku kat workshop then mak aku sampai, 5 minit lepas tu keta plak sampai. Aku tingalkan phone number ayah aku kat accountant workshop tu. Aku ngan mak aku blah naik cab ke rumah. Petang ari isnin lepas, aku kat opis, ayah aku call cakap total RM1088.00, mak datok terkejot aku... mana nak cekau wit time kering gini. ASB pon x leh kuar lagi so terpaksa korek sana sini la. nasib la cukop walaupon bill sebenar RM1100 selepas discount RM16. Hmmmm... poning eden. Harap² lepas ni jgn dok jadi selalu la. Kang makan pasir je tuan keta wahahahaha...
www.tips-fb.com

15 December, 2012

ANGIN KENCING akibat terserempak dengan ULAT TEDUNG

Entry kali ini berkisahkan tentang kesalahan ejaan atau typo yang dilakukan oleh pengarang akhbar Harian Metro. Kalau setakat typo yang x membawa maksud mcm ("ynag" = yang) tu boleh diterima lagi la, ni siap second headline dengan typo yang membawa maksud yang lain lagi, kisah benar pon leh tukar jadi lawak antarabangsa hahahahaha... Agak²nye apa la dah jadi dengan pengarang berkenaan, hmmmm... sama² la kita saksikan pic dekat bawah ni ye... mcm biasa la, click pada pic untuk enlarge^^


www.tips-fb.com

Gambar Pelik

Hahahahaha, sekilas pandang memang x nampak apa, tapi bila tunggu lama siket mesti ada yang pelik akan berlaku dalam gambar ni. Aku jumpa banyak tapi dalam banyak² tu cuma empat pic ni jea yang aku rasa sempoi sesangat hehehehe... nak tau sempoinya dekat mana, tengok la sendiri...






kidding hehehehe, tengok dekat pic bawah ni yang betul punya






www.tips-fb.com

EPL Fantasy after Gameweek 16

Akhirnya berjaya jugak aku memintas Arifburn walaupun beza points cuma 2 points saja huhuhuhu. Asalkan adapat potong hehehe ^^. Legend Soccer semakin menurun nampak, ada separuh perjalanan lagi ni, harap dapat bangun untuk bagi saingan jugak la. Hmmmm... untuk game minggu ni nak tukar sapa ek? Try letak Walcott captain tengok la, mana tau dapat sumbat 2 or 3 goal sebarang, walhal dya masih dlm status 50% chance of playing lagi huhuhuhu, wat gempak jea, tapi xpe coz vice-captain aku letak Berbatov, dah 5 minggu x score, minggu ni mungkin score kot huhuhuhu. Mission untuk kumpul Transfer budget sampai £107m dah tercapai, sekarang masa untuk tambahkan points pulak. Tapi rasa macam susah siket plak season ni coz dah berjanji x kan amek Manchester United, so xde cara lain selain spend balance tu kat star dalam Chelsea, Arsenal, Manchester City dan Liverpool la jawabnye. Aduhhh!!! bila cite pasal Chelsea, terasa mcm kurang sangat plak points aku untuk Gameweek 17 ni, boleh x main pulak. Dah la aku ada Juan Mata dengan Eden Hazard dalam team aku, tambah plak Jose Enrique dengan Theo Walcott 50% chance of playing plak, berserah je lah, kita tunggu dan lihat siapa yang kena hehehehe... btw, kalau x nampak table tu, leh click untuk enlarge ^^
www.tips-fb.com

13 December, 2012

Get Connected Again

Setelah sekian lama x on blog ni, sekarang aku kembali active hehehehehe... Ini semua kes Arifburn yang together-gether lama menyepi dari blogging dan sekarang kembali semula, terus terajak jari jemari aku untuk mencarut mencoret kembali ^^. Last post aku agak hampir 2 tahun lepas jugak la. Kali ni target aku nak banyakkan post² menarik kat blog ni sambil menambahkan beberapa kerat lagi follower. Semalam 12/12/12 agak menarik tarikh tu thats y ramai yg nak abadikan sebagai tarikh perkahwinan. Konan gempak la dapat tarikh cam tu, yg azabnye tetamu² yg terpaksa amek cuti untuk attend tarikh gempak korang tu. Nasib baik ade jugak yang nak hadir, kalo x jawabnye pengantin, family pengantin, sedara-mara pengantin la yang kena abiskan juadah. Morale of the story, better buat wedding ceremony on weekend je. Thats all kot, esok plak wat sambungan muqaddimah ni hehehe.
www.tips-fb.com