Teddybearjadian

tiada realiti, semuanya ilusi...

19 December, 2012

Radiator PEN7155 Pecah

Budget lari terus lepas repair kereta, jenuh korek idung budget sana siket, sini siket nak cukopkan untuk bayar kos repair. Hmmm... harituh Distributor rosak, campor ngan repair clutch cable, oil brake container & beberapa part lain lagi total RM455.00.
Kali ni lagi terok, nak dijadikan cerita, ari ahad arituh aku cuti, mak aku mintak tolong anta adek aku balik ke rumah sewa dya kat Alor Setar, sampai je kat Kilometer 71.3 Hi-way Utara Selatan tetiba bleh berasap plak enjin. Walhal pagi tu ayah aku drive g pekan SP okay je, balik tu anta mak aku pi terapi pown x wat hal langsung. Time aku drive pulak nak jadi hal. Start rasa lain macam time nak sampai Sg Toh Pawang lagi dah, dengar enjin bunyi lain mcm siket. Tapi aku x hirau sangat la coz keta dah lebih 10 tahun memang bunyi lain macam siket. Bila sampai kat simpang 3 Perwaja Gurun je terasa berat siket kereta, check handbrake memang turun abes so sepatutnya nohal la. So aku ignore la kes berat tu. Time dah masuk Hi-way agak 15 minit, meter duduk dekat 100km/h terasa berat balik, aku tukar gear 5 terus la tapi terasa lagi berat n bunyi lagi jelas dengar, so aku slowkan siket then turunkan ke gear 4 semula tapi time turun gear tu terus dye x larat nak naik dah so aku terus bagi signal amek kiri then parking kat gigi jalan la.
Bila dah park kat tepi, ada la beberapa kereta lalu, aku perasan mcm ada asap keluar dari depan keta. Then bila lori lalu baru confirm memang ada asap tapi x terfikir plak nak tengok temperature keta. So aku trus kuar la g check depan. Perghhh!!!... minyak itam & air dah memancut merata. Mak aku soh call ayah aku soh ayah aku call pomen ayah aku mai check tengok, elok abis call je baru perasan ada brader sorang tu dari arah bertentangan dtg kat keta kami. Mula ingat nak wat donno je tapi tengok dya cam okay je. lagipun dya cakap workshop dya kat Sg Lalang je. So x jauh sangat la, adek aku memang dah lewat sangat dah nak masok keje. So brader to volunteer nak tolong anta coz ada family yang keta rosak jugak memeber dya dari workshop kena anta g rumah dyorg kat Alor Setar. Mula aku x berani sangat tapi bila tengok ada pempuan jugak dlm keta tu so aku beranikan diri soh mak aku follow adek aku g Alor Setar coz adek aku memang dah lewat sgt. Kunci keta aku brader tu selit atas taya je, giler ar... tapi x pe coz dye bg jaminan tow-truck dah nak sampai nanti dyorg tarik terus ke bengkel. Aku follow brader tu ke workshop. Dekat sejam aku kat workshop then mak aku sampai, 5 minit lepas tu keta plak sampai. Aku tingalkan phone number ayah aku kat accountant workshop tu. Aku ngan mak aku blah naik cab ke rumah. Petang ari isnin lepas, aku kat opis, ayah aku call cakap total RM1088.00, mak datok terkejot aku... mana nak cekau wit time kering gini. ASB pon x leh kuar lagi so terpaksa korek sana sini la. nasib la cukop walaupon bill sebenar RM1100 selepas discount RM16. Hmmmm... poning eden. Harap² lepas ni jgn dok jadi selalu la. Kang makan pasir je tuan keta wahahahaha...
www.tips-fb.com

0 comments: