Teddybearjadian

tiada realiti, semuanya ilusi...

27 December, 2012

The Double D Fruit - "Disgusting Durian"

First of all, kalau anda adalah anak jati nusantara, jgn sesekali ckp durian ni menjijikkan. Walaupon aku ni salah seorang penduduk Asia Tenggara yg x retilalu nak mkn durian, tapi aku tetap x ckp yg durian ni menjijikkan. Durian ialah spesies beberapa jenis tumbuhan dalam genus Durio yang menghasilkan buah beraroma kuat yang boleh dimakan. Ia amat terkenal di Asia Tenggara di mana ia digelar "raja buah" "King of Fruit". Saiznya besar, baunya unik dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan berduri. Dari duri itulah ia mendapat namanya. Buah durian boleh membesar sehingga 30 sentimeter (12 inci) panjang dan 15 cm diameter, dan lazimnya seberat satu hingga tiga kilogram (2 hingga 7 lb). Bentuknya berbeza daripada bujur hingga bulat, warna kulitnya daripada hijau hingga perang, dan isinya bewarna kuning.
Durian ialah buah tropikal yang berasal dari Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Laos, Vietnam, Kemboja dan Brunei  tetapi telah dikenali di dunia Barat sekitar 600 tahun. Ahli alamiah British abad ke-19 Alfred Russel Wallace masyhur memerapkan isi buah ini sebagai "kastard kaya dengan rasa badam". Info ni aku amek dekat wiki jea. Yg menjadikan persoalan sekarang ni, dekat wiki ada tulis durian boleh dimakan walaupun belum betul-betul masak??? Kepelikan di situ. Setahu aku tokeyh durian siap buat pondok menunggu  lagi untuk tunggu durian jatuh ke tanah, almaklumlah takut dicurik orang huhuhuhu. X pernah lagi la aku dengar ada org kait durian. Simpulan bahasa pun ada menyebut "Durian Runtuh" bermaksud SALEEEEE!!! hahahaha maksudnya keuntungan yang tidak dijangka ataupun mendapat keuntungan tanpa perlu bersusah payah. Kadang² belum sempat gugur ke tanah pon dah kena tebok dek tupai. Maksudnya betol la kot leh makan walaupon belum betol² masak huhuhuhu. Ni lagi satu statement yg pelik, bijinya juga boleh dimakan jika dimasak (x ramai orang tau ni). Entah betol entah tidak aku pon xtau. Aku selalu rebus makan bijik cempedak je.
Isi buah ini mengeluarkan bau yang tersendiri, kuat dan tajam walaupun kulitnya belum dibuka. Sesetengah orang menganggap bau durian sebagai semerbak, manakala yang lain berasa aromanya amat kuat dan tidak dapat ditahan. Baunya menarik reaksi peminat durian x kira manusia mahupun haiwan. Sesetengah org rasa bau durian amat jijik sampai ada yg menyamakan baunya serupa dengan bau badam manis yg direndam bawang busuk bercampor minyak tanah dan stokin gim hahahaha. Bau ni menyebabkan larangan buah durian untuk sesetengah hotel dan pengangkutan awam di Asia Tenggara (kebanyakkannya dekat Singapore).
Terdapat lebih 30 jenis spesies Durian yang diiktiraf, sekurang-kurangnya sembilan daripadanya menghasilkan buah yang boleh dimakan. Durio zibethinus merupakan satu-satunya spesies yang boleh diperolehi di pasaran antarabangsa. (spesies lain hanya dijual untuk pasaran tempatan). Walaubagaimanapun terdapat ratusan jenis durian lagi yg membuatkan harganya berbeza-beza di pasaran. Semua orang pasti mengenali buah durian. Tapi, kalau durian berwarna merah, pasti belum banyak yang mengetahui. Bahkan, mungkin susah untuk percaya.
Durian berwarna merah bukannya dongeng semata. Ini bukan cobaan, ini betol² huhuhuhu, tepatnya tumbuh di sekitar kawasan Jawa Timur, Kalimantan, Sabah & Sarawak. Bahkan amat popular di kawasan tersebut. Menurut penggemar durian tersebut, durian merah lebih manis dan enak dibanding buah sejenis umumnya. Bahkan, durian merah dipercaya mampu meningkatkan tenaga dalaman lelaki. Dengan kehebatannya, ramai peminat durian merah yang sanggup datang dari luar ke kawasan tersebut semata² ingin merasai kehebatannya. Tetapi, ada juga pihak mengaitkan durian merah tersebut dengan jelmaan atau sumpahan dengan panggilan "Durian Darah" namun ternyata semuanya hanya dongeng sahaja. Tapi dalam banyak² kisah pasal durian ni, aku paling x boleh tahan dengan mamat om-puteh ni sorg, Sape kata orang putih tak suka durian? Anthony Bourdain ni pengacara rancangan No Reservation yang dah merantau seluruh dunia dan makan macam-macam benda pelik.
Biasanya orang putih tak suka durian, selalunya alasan yg dyorg bg adalah bau durian tu mereka kata busuk. Dalam rancangan Fear Factor pun ada satu part tu dyorg kata durian tu "The most disgusting fruit". Sebenarnya yang menjijikkan tu bukan durian, tapi hati babi (main ingredient)  yang diorang blend sekali tu (salah satu task dalam gameshow tu). Tapi tu semua mentaliti dan mind setting je tapi tetap whatever tentang babi amatlah menjijikkan yuck!!!. Tengok si Tony ni, relax je makan sampai sebijik. Cara dia belah durian tu yg paling kreatif. Kesian hahahahaha... dia ingat durian ni mcm belah tembikai kot? Native kat situ pon wat donno jea, mesti gelak dalam hati puas² tu hahahahaha... kalau org Malaysia yang belah cam tu mesti dah kena penyepak (guna tangan boleh, guna kaki lagi bagus hahahaha) pasal belah durian mcm tu. Kat hujung entry ni aku ada attach video om-puteh bengong tu merasai kelazatan durian huhuhuhu ^^.
Ahh... lupa nak cite sekali, sekarang ni produk berasaskan durian yang paling famous kat Malaysia adalah Durian Crepe, hmmm... apa rasa ek? Siap ada bermacam² color lagi. Amat menyelerakan tapi tetap x boleh mengatasi populariti Tempoyak hakhakhak... Nak rasa tapi xde sape nak tolong watkan huhuhuhu... Walaupon aku x berapa retisuka makan durian, tapi kek perisa durian, ais krim perisa durian, & keropok durian aku suka makan. So nak try taste jugak la sama ada aku mampu menolak durian crepe masuk ke tekak atau x huhuhuuhu. Dalam aku dok tengah khusyuk mencari pic durian yg sesuai untuk letak kat entry aku ni, tetiba ternampak plak minah bengong ni sorg wat perangai x senonoh. Agak² la pown nak lariskan lagu. Jgn la sampai kulit durian pown nak dijadikan bra, konon tajam ar. Sorry pic tersebut x leh letak kat sini. X sesuai gituuu... Kalau nak cari sendiri guna keyword: "Jupe.....(pandai² sambung sendiri la)" huhuhuuuhu..  Last but not lease, hayatilah si Anthony Bourdain ni mam degheyan ^^.

.
www.tips-fb.com

1 comments:

Petua kalau dah selesai makan durian, isikan air kosong dekat ruas kulit durian tu then hirup untuk sejukkan badan. Kalau x okay jugak langgah air badak je huhuhuhuu