Teddybearjadian

tiada realiti, semuanya ilusi...

18 January, 2013

Anti Climax

Kawan² jemput lah makan bihun yang lazat ini, tapi bukan bihun aku la hahahahahaha... Sekali pandang memang boleh dimakan, tapi kalau betol² pandang mesti x berani nak makan kan. Memang tabiat aku dari dulu lagi, kalau tapau makanan yang berbungkuskan dengan surat khabar, mesti aku baca paper tu sambil aku makan. Tapi kes gamba ni, mesti ramai yang akan baca sampai habis dulu baru pikir nak makan or x. Seram... kebetulan pulak cite pasal 72 sakit coz keracunan makanan lepas makan bihun kat suatu tempat ni, jadi bungkusan untuk bihun. Memang anti-climax betol hahahaha. Kadang paper ni bukan leh caya sangat ngan dya punya header, bende kecik tapi tajok je yang wat jadi gempak. 'Makhluk Misteri Berkeliaran Di Banjaran Titiwangsa... kesan tapak kaki makhluk misteri berkenaan dikesan di sepanjang kaki Banjaran Titiwangsa dan pihak berwajib sedang menjejaki pemilik kesan tapak kaki berkenaan.' pastu tunjuk kesan tapak kaki harimau or species yg seakan²nya. Dah confirm² pihak berwajib tu kenal kesan tapak kaki menatang apa, header je wat gempak. Tarik pembaca la katakan huhuhuhu. Patutnya kena jemput pakar haiwan yang sedang meningkat naik sekarang ni wat tinjauan sekali then bagi dya sepatah dua kata, jgn ada sesape berani potong ayat dya, nanti kena ayat "Listen... Listen... Listen..." hahahahaha. Kalau dah nama manusia maksudnya tetap hamba, x boleh la nak bangga sangat dengan apa yang kita ada sekarang, sebab esok belum tentu kita ada. Semua yang kita ada sekarang ni hanya dipinjamkan saja. Semua milikNya. Makan time... jom ^^
www.tips-fb.com

14 January, 2013

Sweetest Among The Pet's Pictures

Ni entry add-up je. Senang nanti nak ambek balik pic ni huhuhuhuhu. Ni lah pic kucing yang paling aku suka dalam banyak² pic kucing kat dalam internet. Sama ada real ataupun super impose, pic ni bagi aku teramatlah sweet sgt². Nanti nak try touch-up pic ni untuk something la heehehehe. Sekor hitam & sekor lagi puteh, dah macam Yin Yang powh. Paling best part ekor kucing tu, lagi best kalau betol² bentok love. Biasa la peminat kucing memang cam ni. Kucing x susah jaga sangat kalau nak dibandingkan dengan  binatang peliharaan yang lain. Tambah pulak bila dya manja². Tapi aku ni suka ganas² ngan kucing. Ada setengah orang tu pelik² binatang peliharaan dya. Bagi aku, binatang yang dalam air amatlah aku x suka sebab perlukan penjagaan rapi, pastu bela takat tengok dalam aquarium jea. Lagi satu berlendir n biasa la kalau berlendir tu, confirm la cepat berbau jugak. Tapi kalau dah minat nak wat cam ne kan. Kentot pown bleh bau wangi hahahahaha. Kadang tu ada yang suka bela yang berbisa cam ular, labah², scorpion, n lipan (ada ka?). Bagi aku x la. Dulu aku ada pernah bela arnab jugak, tapi makan kuat sangat lepas tu cepat giler membiak. X larat nak jaga dah then parents aku hantar kampung suroh dyorang kat kampong sembelih wat makan jea hahahahahaha. So kucing la yang terbaek sebab leh bagi jea apa yang kita makan. Kucing aku makan karipap n donut hahahahaha. Tapi yang pastinya, ramai x sedar kat rumah dyorg suma ada banyak lagi haiwan yang turut menghuni rumah korang cam tikus, lipas, semut, lalat, nyamok, lipan, katak, cicak, n kadang² ular yang x diundang pown ada. Hantu pown ada orang wat jadi pet hahahahaha.
www.tips-fb.com

11 January, 2013

Bendera Malaysia BARU???

Hmmm... terkejut jugak aku tengok pic ni kejap tadi. 1 Juta Himpunan KEBANGKITAN Rakyat pada 12 Januari 2013 ni atau lebih dikenali dengan Himpunan #KL112. "This flag must go and change for the new one." Aduhhh!!! x lawa ke bendera Malaysia yang sekarang ni sampai nak kena tukar²?
Bagi pendapat aku la, x perlu tukar kot. Andai kata Kerajaan tumbang sekalipun PRU nanti, tolong la sgt² jgn ditukar bandera Malaysia tu. Banyak kenangan tuu... Sekali pandang dah macam bendera Singapore & Indonesia la pulak. Memang la berjiran dengan Singapore & Indonesia, tapi x perlu kot bendera pun nak dekat sama. Dulu time aku kecik², aku selalu konfius antara bendera Malaysia dengan Bendera United State of America. Mungkin sebab jalur merah putih tu kot sampaikan aku pikir Malaysia berjiran dengan United State of America hahahahahaha. Masuk je Standard 4, baru la aku kenal n minat sangat ngan subject Kajian Tempatan. X hairan la Kajian Tempatan & Geografi aku dulu x penah dapat sekali A. Minat punya pasal la katakan huhuhuhuhu. Hmmm... kita tunggu je la 12 Januari nanti apa nak jadi. Tapi aku doakan yang terbaik la untuk Malaysia. Bila aku tengok lagi bendera controversy tu, aku nampak ada 4 Negara tersemat dalam bendera tu. Indonesia, Singapore, Vietnam & China. Sapa la yang punya idea ni pi gantung banner ni kat Abdullah Hukum. Terus jadi bualan hangat. Apalah conspiracy yg dirancang agaknya. Apakah tindakan Kerajaan Malaysia. Kita tunggu dan lihat je la...
www.tips-fb.com

10 January, 2013

Permohonan Smartphone Rebate DITERIMA!!!

Akhirnya, setelah hari ke-9 aku try, berjaya jugak akhirnya, so dalam masa 1 bulan ni aku kena pi cari la  Smartphone 3G, kalau tidak abis burn la rebate ni coz valid untuk sebulan jea.
Anyways, Yahooo!!!... Hmmm... nak pilih phone ape ek? check budget dulu huhuhuhu... Nokia 3310 tiga ketoi boleh? mau kena pelempang dengan tokeyh kedai tu. Lu tarak paham bahasa ka itu libet untok semat pon sahaja looo. huhuhuhu, mana nak cari ek kedai yang leh tebus rebat ni area Sungai Petani? X sabar dah nak guna phone baru. dah berkurun lamanya aku x tukar phone ni. bagi sesiapa yang belum mencuba atau berjaya mendaftar untuk mendapatkan rebate ini, aku cuma nak cakap, jgn putus asa, n nak g tau jugak, aku berjaya daftar ni dalam area pukul 3:00pm sampai pukul 5:00pm. Dalam range tu la. Sekali try terus dapat, tu pun setelah kecundang 8 hari sebelumnya hahahahaha, tahniah buat aku. Dan terima kasih banyak² SKMM, Kementerian Malaysia, n untuk YAB, PM kita a.k.a. Bapa Transformasi ^^. Andalah Transfomer terhebat. Kalah Optimus Prime huhuhuhu. Yang lain, selamat mencuba yaaaa..... gud luck ^^
www.tips-fb.com

09 January, 2013

Real Life punya PINK PANTHER

Huhuhuhu, pic ni sebenarnya dah lama dah tapi tadi tetiba tertengok balik. Rasa pelik sangat la pulak real life punya pink panther ni. Tapi yang ni x jadi spy cam dalam citer cartoon tu la. Name dya puteh sebab bulu sebenar dya memang color putih semua. Entah tetiba adek aku terfikir nak dye dya. Mula kami rancang nak letak dye color kuning, then makeup jadi cam pikachu. Adek aku cari dye kuning x jumpa plak dah. So dya pi beli color light purple. Tapi bila dah kering tengok jadi color pink la pulak hahahahahaa. JAMBU!!!... So jadi la pink panther. Sempoi x? huhuhuhu...
Kucing ni adek aku jumpa kat mana entah, dya bwk balik then ktrg bela sampai sekarang dah besar. Color pink tu pown dah luntur. Dalam pic tu memang mata kucing tu sebelah color biru, sebelah lagi brown. X de edit langsung, Yg tu penyakit genetic namanya Heterochromia Iridum. Try la wiki kalau nak tau detail sal penyakit tu. Si puteh ni ada satu tabiat pelik siket. X anyak kucing boleh buat cam dya ni. Bila dya nampak cicak, dya akan try untuk buat bunyi macam cicak. memang lawak gila. Kalau ada orang pegi selak belakang frame gamba yg dok tergantong dekat dinding tu, mesti dya ikot nak g tgk kalau² ada cicak, time tu dya dok buat bunyi cam cicak la hahahahaha. Yang paling aku x suka pasal si puteh ni, dya suka cari gadoh ngan kucing lain. Dengar je bunyi kucing gadoh kat luar rumah, dya mula la kelam kabot nak kuar jugak. Kadang dengar bunyi anjing pun dya nak kuar jugak, berlagak berani nak mampos, alih² dya jugak yg selalu parah, ayah aku jugak yg jadi doktor dya. Bawak kuar botol minyak angin je, trus dya cabot hahahahaha, tapi hari tu x leh blah ayah aku pi bagi dya minum ayaq gamat hahahahaha. Dulu dya ada awek duduk dekat seberang jalan besar. Jalan tu memang jalan utama dari bandar ke bandar. Kereta menang banyak la. Yg buat aku x cayanya, si puteh ni dulu rajin melintas jalan tu pi jumpa awek dya kat seberang. Pernah la jiran aku cerita kata dya pernah kena langgar sekali, terpelanting jugak la, 2 hari x balik rumah, aku ada la jugak try pi cari kat seberang x jumpa pown. Hari ke-3 tu tup² dya dah ada kat rumah tapi ngan kaki capek la. Tu la, lain kali sebelum lintas tengok la kiri n kanan dulu ye puteh huhuhuhu. Sekarang ni dya dah x pi dah kat seberang, dah clash kot huhuhuhu. Carilah teman pengganti.
www.tips-fb.com

07 January, 2013

Permohonan Smartphone Rebate DITOLAK!!!

Hah, bagi sesiapa yg dah apply, mesti takumt mendealah ni jadi kan huhuhuhu... Tertiba tadi aku rajin terlebih, terbaca la pulak rules² Smartphone Rebate ni sementara menunggu loading langkah 4 tu abis
padahal x abis² pown setelah berjam² aku try. Ape lagiiiii..... Asyik dok kuar message "Permohonan anda tidak dapat diproses dimasa ini. Sila cuba sekali lagi. Harap maaf." je. Hmmmm... X pe la, xde peluang lagi tuh, try lagi esok ye. Hari ke-7 tapi masih x boleh². SKMM please so something yer... Tengah aku dok baca rules² tu terstop kejap kat rules nombor 14. "Apakah yang boleh menyebabkan sesuatu permohonan tidak berjaya?" Jawapan dya memang ringkas dan padat. Tapi kadang kala buat aku rasa sendat dada dengan jawapan yang last untuk soalan 14 ni yang berbunyi "Anda telah mendaftar lebih daripada sekali". Memang betol kalau apply sampai lebih dari sekali memang salah, cuma orang bodoh je fikir kalau dya apply banyak kali then nanti dya dapat banyak kali la jgak la. Yang aku takotkan sekarang ni dengan situasi system Smartphone Rebate SKMM ni yang susah nak mampos dekat langkah 4. Aku paham dekat langkah 4 tu la application kita akan dimasukkan ke pengkalan data n sedikit masa diperlukan untuk tujuan tu. Tambahan pulak, time² link tu macam goreng pisang panas cam sekarang ni, confirm sangat traffic giler² n perlukan lebih siket masa. Macam x biasa berator time beli makanan kat canteen sekolah dulu.
Tapi kemungkinan besar jugak kalau² ada application yang sempat ter approve time dok try banyak² kali tu, tapi x sedar then try lagi then ter approve sekali lagi. So dah ada 2 kali mendaftar. Kan susah. So untuk mengelakkan bende ni dari terjadi, harap selepas langkah 4 tu dah aprroved, ada lagi satu page yang menyatakan tahniah la so x payah nak hadap page langkah 4 tu sekali lagi dah. (Sory SKMM kalau dah memang ada pun module cam tu sebab aku x tau apa yg berlaku lepas langkah 4 tu, x pernah lepas pown huhuhuhu). Hope nanti bila dah kuar result, jgn smpai ada yg salahkan SKMM hal ni sudah la huhuhuhu. Aku cuba tabahan diri untuk cuba dihari esok pulak hahahahaha. Selamat mencuba untuk you alls jugak yg sama situasi ngan aku ^^
www.tips-fb.com

04 January, 2013

Langkah 4 yang amat SUSAH

Semenjak, dua menjak, tiga menjak, dan masuk hari ke empat menjak aku try apply Smartphone Rebate ni yg x pernah²nya lepas, tapi hari ni tetiba lepas pulak, tapi sangkut plak kat Langkah 4 ni. Berapa lama mau tekan daftar daaa baru mau lepas?
Mesti ramai yang dapat masuk tapi sangkut dekat part yg sama gak kan huhuhuhuhuu... sabar ye, ni kes traffic teruk sangat. Almaklumlah berapa ramai belia kat Malaysia ni yang dok mencuba. Tapi kesian jugak la kat belia yang x de line internet n terpaksa pegi Cyber Cafe untuk apply tapi x lepas². Harap bahagian IT untuk SKMM dapat selesaikan masalah ni secepat mungkin, sian dyorang² tu mencuba banyak kali. Jangan wat malu penuntut² IT lain sampai kena cop macam², orang macam aku ni paham la masalah korang (aku salah sorang lepasan diploma computer science huhuhuu), tapi kalau orang lain mesti tau complain je. Sekali lagi aku cakap, sabar ye korang kat bahagian IT support SKMM huhuhuhuu... Hmmm... bila la application aku nak lepas ni ye?.... Alhamdullillah dapat lepas sampai langkah 4, berharap sangat dapat lepas sepenuhnya hari ni, n bersyukur sangat kalau lulus n dapat phone baruuuuu yahoooooo!!! huhuhuhuhu...
www.tips-fb.com

03 January, 2013

Darah!!!

Kita tak akan mati jika menderma darah kepada orang yang memerlukan, kita mungkin akan mati jika tiada darah yang didermakan disaat kita betul² memerlukannya. Jika anda sihat tubuh badan, tiada jangkitan HIV, Hepatitis, atau sebarang penyakit kelamin, anda layak untuk menjadi seorang penderma. Ramai orang Islam takut nak menderma disebabkan ayat ni "anda telah mengkafirkan sebahagian dari tubuh anda jika darah yang didermakan diterima oleh orang kafir, setiap dosa yang dilakukan oleh si penerima berkenaan adalah sebahagian dari dosa anda, dan setiap pahala yang dilakukan oleh si penerima berkenaan adalah pahala bagi anda juga" memang betul, tapi sebenarnya atas niat kita sendiri jugak nak menderma sebab apa. Cuma berharap dengan bantuan yang kita berikan tu sedikit sebanyak dapat membantu si penerima itu ke jalan yang lebih diberkati. Bayangkan kalau seorang cikgu kimia ajar murid dya pasai chemical, then bila murid dya besar nanti dya guna ilmu tu untuk buat dadah or racun or something else yg x baik la. So dosa pahala cam mana nak kira? First logic, then hope, and then tawakal n still hopping untuk benda yg baik je. Stop!!! Berceramah pulak aku huhuhuhuhu...
Sambung balik kes derma darah. Aku masih baru dalam aktiviti menderma ni. Darah aku jenis A positive. Aku nak menderma coz adek aku la si Siti  ni pi tunjuk buku menderma darah dya. Terasa terpanggil nak racing menderma dengan dya huhuhuhuhu. Niat sebenar baik, memang nak membantu yang lebih memerlukan. Racing tu kira pendorong la. X salah berlumba² untuk buat kebaikan. Dya first derma at Hospital Klang tempat dya wat practical time blajar dlu. So dya leading dlu la. Aku ajak dya nak derma darah lagi at Hospital Sungai Petani je. Dya jadi second time and aku baru first time la. Nak dijadikan cerita, time tu aku sorang jea yang dapat menderma. Dya x leh coz ape bende ntah x cukup. So maksudnya seri la huhuhuhuhu. Second time aku derma at Hospital Sungai Petani gak ngan adek aku tu. Dua² leh derma. Third time g sama² ke Hospital yang sama gak lagi. Dok rancang nak g sama² gak kali ke-4 then x jadi coz adek aku kena lempaqcampak la plak. Chicken Pox tau, bukan dya yang dicampak huhuhuhuhu. Aku dah kena time kecik so kemungkinan besar susah dah nak kena kali ke-2 coz antibody dah immune ngan virus campak.
So aku g derma sorang je la. Kali ni nak wat kelainan siket. Dah 3 kali derma at Hospital Sungai Petani, kali ni nak g derma at hospital lain plak. So target yang terdekat Hospital Yan la jawabnya huhuhuhuhu. Sempat jugak derma kali ke-4 sebagai penutup tahun 2012. Aku sebenarnya amat takot dengan benda yang tajam tambah² yang menyucok. Mental dah set bila kena cucok leh tembos or pecah kot hahahahahaha, childish tol. Disebabkan aku takot, aku x tengok pown time misi tu cucok, tengok jarum yg besar tu pown dah naik geron, terasa cam besar straw. So maksudnya aku dah 4 kali derma adek aku  baru 3 kali. Yahoooo!!! dah menang. Harap dapat jarakkan lagi aggregate so that she have to work more harder to chase my count huhuhuhuhu. Hujung bulan tiga nanti kalau diizinkan leh derma lagi buat kali ke-5. Hospital mana plak target aku huhuhuhuhu, Seberang Jaya? Sik? Baling? hmmmm.... target hospital tempat aku lahir la pulak, Hospital Besar Bukit Mertajam ^^. Sesape nak join jejom la...
www.tips-fb.com

02 January, 2013

Jom Rebut Rebat!!! Rembat sebelum terlambat.

Mesti Ramai sudah sedia maklum dengan salah satu daripada Pembentangan Bajet 2013 oleh PM kita, Telefon pintar untuk belia la huhuhuhu. RM200 rebat sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban belia yang berkeinginan untuk memiliki telefon pandaipintar 3G. Terima kasih Malaysia. Tapi aku ada sikit x berapa nak setuju dengan syarat² untuk memohon rebat ni. First rules, aku setuju sgt². Alien please maen jauh² hahahahaha... Second rules, ha.... yang ni yg aku x puas hati siket. Memang la untuk belia but leh apa letak 18 tahun hingga ke 30 tahun. Kalau dyorg letak umur 21 to 30, dah nampak sangat nak manceng undi je tu. Atlease letak 20 tahun hingga 30 tahun pun x pe, x de la pembangkang yang iri hati tu nak cari point nak jatuhkan apa yang hendak dibangunkan. Third rules, sesuai sgt. Aku setuju tapi kalau letak RM2500 pun xpe rasanye coz org yg gaji 3k tu amek rebat ni untuk tambah koleksi phone dyorg je. Salurkan kepada yg lebih memerlukan sebab aku tengok link borang online tu pown dah lembab yg sgt² dah coz ramai sgt dok access page tu. Traffic jam terus hahahahahaha. Harap bersabar ye kepada yg mencuba tu.
Fourth rules, haaa.... nindia kat sebelah ni senarai telefon yang tersenarai dalam kouta rebat ni. Senarai ni okay la bagi aku. Tu pown ramai yang dok rebut jugak sampai jam page online form tu. Bagi aku jugak, macam nak buat clearance stock jea hahahahahaha, jgn marah, peace no war ^^. Fifth rules, yang ni bagi aku macam nak soh Maxis/Celcom/Digi n cellphone line provider yg lain untung besow jea. Almaklum la sekarang ni pakej broadband ada banyak hidden cost. harap lepas ni Kerajaan dapat kawal siket hidden cost tu. bantu rakyat je, jgn makan dalam gelap sudah huhuhuhuhu. Last but not lease, the sixth rules, HANYA SATU SMARTPHONE JE UNTUK SEORANG. patut lebih jelas lagi rules tu sebab Malaysia ni banyak lowyer x berbayar a.k.a. loyar buruk. Takot ayat ni kuar lak "Ni satu untuk sy, satu lagi untuk mak sy", ketok baru tau huhuhuhu. Kat bawah ni aku ada senaraikan syarat² rebat ni supaya lebih mudah paham.

 SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON: 
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon
  3.  Pendapatan bulanan kurang dari RM3,000
  4.  Model telefon pintar 3G dari 23 jenis yang ditawarkan sahaja
  5.  Melanggan untuk pakej Broadband
  6.  Satu telefon hanya untuk satu belia
Harap paham la kotnyer huhuhuhu... kalau x paham jugak baca sendiri la rules² dekat laman web rasmi rebat tu. Ada dua bahagian tau. Satu online application form untuk yang bekerja. Satu lagi online application form untuk yang masih belajar. Sejak link tu dibuka 01/01/2013 lepas, memang jam giler. Susah sangat nak load page tu coz traffic terlalu tinggi. Tapi sekarang ni dah kurang jam sikit dah, bahagian pelajar tu mudah je masuk sekarang ni, cuma bahagian yang dah bekerja tu susah siket nak masuk. Saranan aku, on awal pagi, kurang traffic x de roblock huhuhuhuhuhu. Kat bawah ni link untuk ke application form tu. Selamat mencuba ^^.

www.tips-fb.com